RahsiaCantik.com sentiasa mengutamakan servis yang profesional, mesra dan produk yang berkualiti. Kepuasan pelanggan adalah menjadi keutamaan kami. Staf kami yang terlatih akan sentiasa memberikan khidmat dan bantuan sokongan kepada anda.
Dibawah disenaraikan panduan penghantaran dan pemulangan produk untuk kemudahan anda.
Penghantaran
- Pesanan dengan bayaran yang lengkap akan diproses dalam masa 12 jam. Kebiasaannya penghantaran akan dibuat pada hari bekerja yang berikutnya.
- Semua pesanan yang dibuat pada hari Jumaat, akan dihantar pada hari Isnin atau hari bekerja berikutnya jika pada hari itu jatuh cuti umum.
- Setiap pesanan hanya akan diproses apabila bayaran telah diterima. Anda diberi masa 3 hari selepas membuat tempahan untuk membuat pembayaran sama ada dengan deposit ke dalam akaun kami di kaunter bank atau deposit secara online menggunakan perbankan internet. Manakala pembayaran menggunakan Paypal, Visa dan Mastercard akan terus diproses semasa membuat tempahan. Jika kami tidak menerima apa-apa bayaran dalam tempoh tersebut, pesanan akan dibatalkan dan anda boleh membuat pesanan baru.
- Courier yang kami gunakan untuk penghantaran ialah perkhidmatan Poslaju (Pos Malaysia). Jika anda inginkan perkhidmatan courier selain daripada poslaju, sila hubungi kami.
- Tracking Orders akan diberikan kepada anda sebaik sahaja barangan dihantar. Ini bagi memudahkan anda menyemak maklumat penghantaran dan mengesan lokasi barangan yang anda pesan.
- Masa dan tempoh penghantaran dikira berdasarkan HARI BEKERJA dan tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
- RahsiaCantik.com berhak menolak mana-mana pesanan tanpa alasan.
Kerosakan/Hilang/Kelewatan Courier
- RahsiaCantik.com tidak boleh dipertanggungjawabkan atas item yang mungkin rosak atau dihilangkan oleh pihak perkhidmatan courier (jika diinsuranskan). Semua produk mestilah diperiksa terlebih dahulu semasa menerimanya dan sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan kepada pihak courier. Sila hubungi kami jika tuntutan terpaksa dibuat. Jika tuntutan tersebut diluluskan, pihak kami akan menghantar semula gantian atau wang dikembalikan jika produk yang serupa tiada dalam stok kami.
- RahsiaCantik.com tidak mempunyai kuasa ke atas kelewatan yang disebabkan oleh pihak courier. Jika diperlukan, pihak kami akan membantu dalam urusan tuntutan seperti kehilangan, kerosakan dan kelewatan.
- Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas barangan yang rosak disebabkan oleh kelalaian anda sendiri.
- Sila laporkan kepada kami sebarang kerosakan dalam tempoh 3 hari bekerja.

