Leesa Formula Pek Tungku Herba 200g

RM40.00

Pek Tungku Herba adalah formula eksklusif Leesa Formula yang di ilhamkan dari amalan tradisi masyarakat Thai, menggunakan beberapa ramuan herba yang dipanaskan melalui kaedah mengewap (steam) lalu dituam ke badan bagi memberikan kesihatan yang lebih baik kepada semua orang, terutama ibu lepas bersalin.

Ia dalam bungkusan kain cotton mengandungi 5 jenis herba iaitu halia bara (plai), kunyit, limau purut, serai wangi dan kapur barus. Semua herba tersebut telah digunakan turun temurun dalam perawatan tradisional hampir diseluruh Asia Tenggara seperti Malaysia , Indonesia dan Thailand . Ramai mengetahui khasiat `bertungku`, tapi susah hendak dipraktikkan kerana ketiadaan batu yang sesuai, tidak tahu cara membakar & jenis-jenis daun yang digunakan untuk membalut tungku, susah untuk mencari daun tersebut, tidak tahu bagaimana mahu membalut batu tungku dan sebagainya.

KEGUNAAN :
  • Set ConfineMumPremium menyediakan Pek Tungku Herba yang berfungsi sebagai `batu tungku` yang mudah, ringkas dan sangat berkhasiat bagi :
  • Memanaskan perut untuk mempercepatkan pengecutan rahim & melancarkan pengeluaran darah kotor.
  • Memanaskan badan untuk melonggarkan otot tegang, melancar perjalanan darah dan menyihatkan badan.

CARA PENGGUNAAN :
  • Ambil periuk kukus atau periuk nasi elektrik yang berkukus dan masukkan air setengah periuk.
  • Letakkan 1 bungkus Pek Tungku Herba di atas pengukus tersebut. Biarkan antara 5 - 15 minit .
  • Selepas mengeluarkan Pek Tungku Herba yang telah panas, sila masukkan Pek Tungku Herba ke 2 untuk dipanaskan.
  • Pek Tungku Herba pertama yang sedang panas tadi dilap dengan tuala bagi mengurangkan basah wap, kemudian dituam secara cepat di perut.
  • Setelah kadar panas agak selesa barulah ditungku dengan tempoh masa yang lebih lama disesuatu bahagian badan bagi memastikan khasiat herba terserap ke dalam badan.
  • Apabila telah sejuk, masukkan semula ke dalam periuk kukus dan ambil Pek Tungku Herba ke 2 yang telah panas untuk digunakan.
  • Ulang cara bertungku yang sama.
  • Rawatan bertungku elok dilakukan pagi dan petang selama 2 minggu atau sehingga 30 hari berpantang. 

  • Model: TL1
  • Shipping Weight: 0.03lbs